26 Jun 2016

RIYA

Assalamualaikum =)

Secara bahasa, riya’ berasal dari kata ru’yah (الرّؤية), maknanya penglihatan. Sehingga menurut bahasa arab hakikat riya’ adalah orang lain melihatnya tidak sesuai dengan hakikat sebenarnya.
.
Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan, “Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”
.
Pernahkah mendengar tentang sum’ah? Sum’ah berbeda dengan riya’, jika riya’ adalah menginginkan agar amal kita dilihat orang lain, maka sum’ah berarti kita ingin ibadah kita didengar orang lain. Ibnu Hajar menyatakan: “Adapun sum’ah sama dengan riya’. Akan tetapi ia berhubungan dengan indera pendengaran (telinga) sedangkan riya’ berkaitan dengan indera penglihatan (mata).”
.
Jadi, jika seorang beramal dengan tujuan ingin dilihat, misalnya membaguskan dan memperlama shalat karena ingin dilihat orang lain, maka inilah yang dinamakan riya’. Adapun jika beramal karena ingin didengar orang lain, seperti seseorang memperindah bacaan Al Qur’annya karena ingin disebut qari’, maka ini yang disebut sebagai sum’ah.


Ayat-ayat ni aku ambil dekat IG Teladan Rasul.
Bila aku baca statement ni aku terfikir dan aku terjumpa ni. Memang belambak kita jumpa macam ni kan. Adakah kita tergolong dalam orang macam ni. 



kalau dah rasa bersyukur sangat amek air sembahyang, amek sejadah buat sujud syukur. kan lagi bagus macam ni. Pahala pon dapat. Bukan nak kata aku jeles ke apa kadang tu rasa menyampah je baca. 

kbye
XD

19 Jun 2016

PENING

Assalamualaikum =)
Entry kali ni bukan apa, cuma nak lepaskan stress yang terpendam dalam hati ja ni. Stress hal anak-anak.
Ya aku dah ada anak. 2 orang ok. Dua-dua laki, Aktifnya ya amat tak larat nak control. 
lagi satu yang aku stress, Diorang ni sangat memilih nak makan apa. 
Sayangkan anak aku turutkan jugak. 
Nanti aku update lagi apa yang aku buat dengan anak-anak aku
Bye
Salam



6 Jun 2016

Tips Menghadapi Bulan Puasa

Assalamualaikum =)
Tak lama dah nak puasa nah aku bagi tips nak puasa. Tips ni aku copy dari blog Eyda Sukiman. Jom kita baca insyallah boleh membantu. 
10 Tips Menghadapi Ramadhan



Langkah 1 :
Berdoalah agar Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat walafiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. 

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, 
”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” 
(Riwayat. Ahmad dan Tabrani) 
Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, 

”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik limatuhibbuhu wa tardha.” 

Ertinya“Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.”



Langkah 2
Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” 

Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.



Langkah 3
Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, 

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” 
(Riwayat Ahmad). 

Salafus-salih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

Langkah 4
Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Langkah 5
Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. 

“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” 
[Muhamad (47): 21]

Langkah 6
Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. 

“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

Langkah 7
Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. 

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]

Langkah 8
Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

Langkah 9
Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas solat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

Langkah 10
Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA !:)

5 Jun 2016

Menu Sahur

Assalamualaikum =)
Alhamdulillah esok 1st day kita puasa. Ok harini aku nak share dengan korang 1 menu untuk sahur. Korang boleh try untuk sahur esok. 
Ni namanya AIR NABEEZ
Ini antara pemakanan sunnah nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Dengan air Nabeez ni nanti korang boleh bancuh dengan susu tepung ka, Sedap sikit. Insyallah perut kita boleh tahan dari 'kriuk kriuk'. Tapi jangan simpan lelama pulak nanti masam dah tak boleh nak minum. 
Kalau korang nak buat untuk sendiri punya, korang boleh rendam 3 biji kurma dalam mug kesayangan korang tu semalaman. Minum macam tu pon dah sedap. 

Cara dia
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. 3,5 biji untuk 1 mug. Biji kurma dibuang dahulu, carik-carik sikit isi kurma tu. Kalau nak buat kismis jangan campur dengan kurma. Kalau kurma, kurma je. Kismis, kismis je.
2. Rendam dalam air masak. Tak perlu simpan dalam peti ais. Tapi bagi aku klau sejuk lagi sedap. 
3.Esok pagi dah boleh minum.
4. Air ni juga bagus diminum pada pagi hari biasa tambah-tambah bila waktu sarapan tu. Boleh tambah tenaga. 

Salam, Selamat berpuasa
bye =)

Tips Merawat Masalah Rambut

Assalamualaikum =)
Kita sebagai perempuan mesti ada masalah rambut kan. Kelemumur la, rambut luruh la, gatai-gatai kepala la. Semuala. Semua ni mungkin sebab kepala kita bertutup so rambut tak dapat nak bernafas dengan baik. Kat bawah ni aku ada bagi sikit tips la untuk korang. Tips ni aku ambil dari blog kecantikan. Linknya aku tak sempat nak simpan. hehe. Maaf ye tuan blog. Tapi aku sempat minta kebenaran k. 


Atasi rambut gugur
  • Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
Rambut beruban & kelimumur
  • Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.
Menghilangkan kelemumur
  • Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
  • Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Melembutkan rambut
  • Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Rambut Berbuah
  • Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
  • Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Jangan lupa try k. Penat aku cari tips untuk korang ni.

ok bye
Salam =)

Tips Merahkan Bibir

Assalamualaikum =)
Orang tua-tua pesan kalau nak dapatkan wajah yang berseri kena rajin-rajin basuh muka. 
Dan kalau nak dapatkan bibir yang berseri jangan cakap benda-benda yang tak elok dan amalkan petua yang aku nak bagi nie...
Sapa tak nak dapatkan bibir merah jambu macam ni. Bibir macam ni idaman semua wanita kot termasuk aku. Tak payahla korang nak beli lipstick banyak-banyak. Membazir ja. 
Tips 1
Tips ni memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir korang sebelum tidur. amalkan setiap hari.
Tips 2
Tips ni juga simple, korang boleh guna gula dan juga lemon. Perahkan lemon kedalam gulan then korang oleskan kat bibir. Jangan kuat-kuat pulak nanti lain pulak jadinya. 
Tips 3
Madu. Korang oleskan madu sikit pada bibir dan biarkan semalam. Pagi esoknya baru korang cuci. Tapi pastikan rumah korang tak banyak semut. 
Tips yang aku bagi kat korang ni semua aku dah guna. Alhamdulillah bibirku semakin merah.. haha.. Try la rugi kalau tak cuba. 

bye 
nanti kita XOXO lgi 
=)



Tips rawat kulit berminyak

Assalamualaikum =)
Selamat petang,
Agak-agak korang kenapa kulit muka kita berminyak? Mesti korang akan jawab sebab pemakanan. Haa tau pon. Dah tu makan tak beringat. Tapi kalau korang jawab masalah hormon pon betol jugak. Lain orang lain hormonnya. 
Tapi bagi aku pemakanan adalah faktor utama kenapa muka kita berminyak. 
Masalah ni berpunca daripada makanan yang bergoreng, fast food, kekacang. So bagi aku kekacang tak ada masalah kalau nak ambil tapi kalau boleh jangan berlebihan.
Lagi satu aku orang kedah selalu makan gulai, gulai lagi banyak santan lagi sedap. Santan tu salah satu makanan berminyak tau. Korang jangan buat tak tau pulak. 
Ada masalah ka kalau muka berminyak? Jawapannya mestila masalah. Terjejasla sikit penampilan kita tambah-tambah yang suka ambil gambar tu. 
Orang selalu kata "amboi minyak, sampai boleh goreng ikan" 
ohh tidakkk!!
Ok kalau tak nak korang boleh try tips yang aku nak kasi ni. Aku dah try alhamdulillah berkesan. Tapi aku ni jenis malas sikit benda remeh temeh ni. Kalau korang rajin amalkan insyallah boleh hilang minyak tu.

Tips 1
Guna Beras
1. 1/2 gelas beras
2. Daun cermai
3. 1/2 inci ibu kunyit
Cara Guna
1. Basuh beras dan rendam dalam 1/2 jam
2. Kisarkan sekali beras, daun cermai & ibu kunyi sampai halus
3. Pakai kat muka selama seminggu berturut-turut setiap malam. 
4. Lepas kering bilas guna air.

Tips 2
Guna Madu
1. 2 sudu besar madu
2. Sedikit perahan limau purut
Cara Guna
1. Campurkan 2 bahan ni dan pakai dekat muka
2. Bila kering bilas. Seminggu 3x pon dah cukup janji jangan miss.

Tips 3
Guna Epal
1. Parut sebiji epal. Apply kat muka
2. Bila rasa dah kering bilas guna air suam. 

Tips 4.
Guna Tuala
1. Yang ni yang paling senang korang basahkan tuala dengan air suam then korang perah tekap kat muka. Buat setiap malam sebelum tido.

Aku bagi 4 tips dulu. Korang try dulu mana la tau sesuai dengan kulit muka korang insyallah menjadi. 

Salam
ok bye 
XOXO