24 May 2016

ESCAPE TELUK BAHANG, PULAU PINANG

Assalamualaikum =)
Entry kali ni mengandungi gambar yang banyak!!! 
So harap tabah hati tengok.

Kalau korang nak sesuatu yang lain dan yang mencabar. Pergila Escape Teluk Bahang. Serius best giler. Ramai jugakla tourist yang suka pi sana. Tempat ni sesuai untuk budak sampaila yang dewasa. Game dia memang banyak dan juga ada level2 dia.
Dan korang jangan terkejut sebab petugas escape ni tak ramai, mereka hanya ada di setiap check point sahaja. So disetiap cabaran diorang akan ajar cara-cara untuk main. Kita kena buat sendiri, kena jaga diri sendiri, kena handle peralatan sendiri. Kalau ada masalah jerit ja "Tooloongg... saya terlekattt.." Insyallah bantuan akan sampai. hehe. Pekerja escape juga banyak yang ramah so kita tak kekok sangat la nak minta bantuan. 
Mula-mula masuk dah nampak benda nie.. teruja jugak la nak main.. hehe
Kalau rumah aku dekat, mau tiap2 hari aku pi, sebab diaorang buat yuran untuk setahun sekali pon ada jugak. Boleh masuk bila2 masa saja yang korang nak. So boleh buat port nak kuruskan badan.. =). Buat masa ni entrance fee dia RM72 untuk big kid macam aku ni. Selain daripada big kid boleh refer kat bawah.
Kalau nak booking online pon boleh, boleh dapat murah sikit daripada beli tiket di kaunter. Aku dengan kawan-kawan aku booking tiket online la senang jimat la sikit. Masuk escape ni kira untung jugakla kalau yang bawak anak-anak tu. Free je klau nak masuk.
Cerita banyak tak guna, jom layan gambar je la korang.
Ok mula kami sampai sana, apa lagi ni la hasilnya.. haha

Setiap beberapa jam team escape ni akan buat beberapa game untuk pengunjung. Waktu kami sampai tu geng escape team ajak kami join game "TUJU GULI". Panaskan badan katanya.





So ni la pemenang dia. Setiap pemenang diorang akan bagi hadiah.
Malas nak cakap banyak. Jom tengok apa avtiviti yang aku dengan kawan aku buat. 




Gecko tower ni first game kitaorang main. Berpeluh tiak jugakla. almaklumla lama tak excersice. Setiap side tower ni berlainan cabaran. Game ni memang best kalau lawan dengan kawan tengok sapa lagi cepat sampai.





Ada terlalu banyak game untuk main, so kami tak ikot step sangat. Main bedal je mana yang nampak depan mata kami main. Ok yang ni Tarzan's Rope. Sapa yang suka gayut-gayut boleh la nak main 2 3 kali. haha. Walaupon nampak macam rendah je tapi berdebar jugak la time nak terjun tu. 




Balance Beam ni memerlukan keseimbangan badan yang tinggi. Aku tak main game ni sebab bagi aku game ni tak mencabar kewibawaan aku. ahaks. Gurau je. 
Credit to Pakcik Google. Ketaq punya pasal tak sempat nak ambil gambar






Ini yang ditunggu Atan's Leap. Satu game yang memerlukan korang buat 1 terjunan bebas dari tinggi 30 meter. Gila kau rasa macam nak bunuh diri pon ada. Tapi jangan risau safety dari pihak escape memang terbaik. Kawan aku siap nangis-nangis taubat tak nak main dah. Tapi kita kena try at least sekali dalam seumur hidup. Baru kita tau tahap ketakutan kita di tahap mana. Bagi aku game ni paling mencabar. Kena kumpul kekuatan yang banyak sebelum nak terjun. 





Next game A-Maze. Game ni korang kena masuk dalam satu ruang yang sempit dan gelap dengan berbekalkan lampu picit kecil sorang satu. Pandai-pandaila korang cari jalan keluar. Dalam ruang ni korang kena merangkak, meniarap semua ada. Dan korang akan rasa perasaaan cuak bila korang silap laluan ataupon jalan mati. Paling menguji kesabaran bila terjumpa tengkorang ditengah jalan. Nasihat aku bagi sesiapa yang lemah jantung, takut gelap, takut sesat jangan la masuk. Jenuh nak kena rescue nanti. hahaha. 





Game ni agak mencabar jugakla. Kite Flyer. Game ni memang menjadi tumpuan orang. Nasib baikla group kami group pertama yang sampai. jadi tak payahla nak beratur panjang. Yang buat kita lagi berdebar bila nak tunggu kemuncak nak berlepas. Serius rasa nak tercabut jantung bila main game ni. Salah seorang daripada korang kena membuat kayuhan bagi tujuan menarik tali sampai penghujung. 

Flying Lemur kitaorang dinasihatkan untuk tidak membawa sebarang gajet. Kalau hilang diorang tidak akan bertanggungjawab. So tak ada gambar. Erti kata lain flying fox la. Tapi yang ni lebih panjang dan lebih tinggi. Rasa aku lebih dari 50 meter tinggi. Bila korang naik ni korang akan nampak hampir keseluruhan escape ni. 
Banyak game yang kitaorang skip sebab terlalu banyak game dan memang tak akan sempat nak main semua walaupon korang masuk dari pagi. Kepuasan masuk sini memang berbaloi dengan duit yang dkorang keluarkan. 
 Kesimpulannya sebelum korang tua, tak larat dan ada penyakit baik korang datang ke sini. Kalau nak rasa kepuasan, keseronokan, keterujuaan buat sukan extreme ni aku cadangkan datangla ke sini.
Nak tau apa hasil kami dapat!!!
Lentok sebelom waktunya. hahaha. Lenguh-lenguh badan korang akan rasa 2 ke 3 hari. Dan korang akan bercerita keseronokan dia selama seminggu. 
Panjang betol entry aku kali ni. Mohon tabah explore
Assalamualaikum
k bye =)


No comments:

Post a Comment